Pada 07 Jun 2019, Saya dan keluarga saya pergi ke Pulau Langkawi sebagai cuti sekolah saya. Kami menaiki kapal terbang untuk ke Langkawi selama satu jam. Kami sampai di Langkawi dengan selamat.Kami pergi ke rumah yang kami pilih di Airbnb. Rumah yang diduduki cukup untuk lapan orang. Saya memilih bilik yang bewarna biru dengan sepupu saya. Selepas itu,saya dan sepupu saya pergi ke pasar raya berdekatan rumah kami. Kami membeli banyak barang seperti snek, minuman, mi segera dan barang keperluan rumah. Pada pukul lima petang, kami memutuskan untuk pergi ke Dataran Helang untuk mengambil gambar dan makan malam.
Di Dataran helang, Kami mengambil gambar matahari terbenam dan gambar berhampiran dengan Dataran Helang. Kami pergi ke Jeti Langkawi untuk makan malam. Kami makan KFC dan membeli minuman Tea live. Selepas itu, kami pulang ke rumah untuk berehat.
Keesokan harinya, kami bersiap sedia untuk ke Kereta Kabel Langkawi. Kami pergi ke sana pada waktu pagi kerana kami mahu ke pantai selepas itu. Kami sampai di Kereta Kabel Langkawi dan mengambil gambar di pintu masuk. Kami berasa teruja kerana dapat merasakan pengalaman naik kereta kabel. Kami masuk ke dalam kereta kabel, kami berasa gembira apabila melihat pemandangan dari kereta kabel kami. Apabila kami sampai di stesan atas, kami pergi ke Sky Bridge untuk mengambil gambar. Kami berasa takut kerana gerakkan jambatan bergoyang.
Seterusnya, kami pergi ke Pantai Kok untuk bermandi-manda tetapi apabila kami sampai hujan turun dengan lebatnya. Selepas beberapa minit, hujan berhenti dan kami bermandi- manda di tepi pantai. Apabila kami mahu balik, kami terjumpa seekor bintang laut yang masih hidup di tepi laut. Kami mengangkat bintang laut dan mengambil gambar dengannya. Kami pun memesan taxi untuk pulang ke rumah. Kami pek pakaian untuk pulang ke Penang.
Pada hari Ahad, kami pergi ke lapangan terbang Langkawi dan pulang ke Penang. Walaupun kami letih, kami berasa gembira kerana dapat merasakan pengalaman naik Kereta Kabel di Langkawi dan dapat bercuti di sana.


No comments:
Post a Comment